Kutub Utara Berganjak

Kutub magnetik utara tidak berada pada tempat biasanya lagi.

Sejak 2015, tempat dimana jarum magnet tunjukkan arah utara telah berganjak ke Siberia pada kadar 30 batu (48 km) setahun. Pada Isnin yang lalu, para saintis telah melakukan kemaskini terhadap Model Magnetik Dunia, dimana digunakan dalam telefon bimbit yang mempunyai sistem GPS dan alat navigasi tentera. Pada kebanyakkan kita, ia mungkin sekadar perubahan yang kecil namun perubahan ini ketara buat mereka yang ingin melakukan perjalanan secara tepat ke Artik.

Namun begitu, perubahan kutub magnetik utara yang tidak dapat dielakkan mencadangkan bahawa sesuatu yang pelik dan kemungkinan sesuatu yang berkuasa sedang berlaku dalam Bumi. Kata ahli geofizik University of Leeds, Phil Livermore, hanya dengan menjejaki perubahan ini para saintis berharap dapat memahami apa yang sedang berlaku.

Medan magnetik Bumi terhasil hampir 2000 batu (3200 km) dibawah kaki kita, dimana berputarnya seakan sebiji bola besi lebur yang membentuk teras Bumi. Perubahan terhadap aliran bawah tanah itu mampu mengubah garis medan magnetik Bumi dan kutub-kutub itu dimana ia terkumpul. Akibatnya, arah utara magnet tidak sejajar dengan arah utara secara geografi (titik hujung putaran paksi Bumi) dan ianya sentiasa bergerak. Rekod untuk medan magnetik purba dari batu-batu yang amat tua menunjukkan bahawa kutub boleh flip, ianya satu fenomena yang berlaku secara purata 3 kali setiap jutaan tahun.

Ekspedisi pertama untuk mencari magnetik utara adalah pada 1831 yang mana ia terletak di Artik Kanada. Pada ketika tentera US pergi untuk mencari kutub itu pada lewat tahun 1940, ianya sudah berganjak 250 batu (400 km) ke arah barat laut. Sejak tahun 1990, kutub magnetik utara telah berganjak sejauh 600 batu (960 km) dan ianya boleh dijumpai di tengah-tengah lautan Artik, 4° ke selatan utara geografi buat masa kini.

Menariknya, kutub magnetik selatan tidak menampakkan perubahan. Sejak 1990, lokasi magnetik selatan secara relatifnya stabil, di luar pantai timur Antartika.

Penyelidikkan Livermore mencadangkan bahawa lokasi kutub utara dikawal oleh dua tompok medan magnetik di bawah Kanada dan Siberia. Pada tahun 2017, Livermore melaporkan bahawa tompok Kanada itu kelihatan seperti makin lemah, kesan daripada besi cecair yang memasuki teras Bumi. Berucap di mesyuarat Kesatuan Ahli Geofizik Amerika pada Disember lalu, dia mencadangkan bahawa kepincangan yang berlaku di bawah Artik mungkin boleh menerangkan pergerakkan garis medan magnet di atasnya.

Para saintis di National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) dan British Geological Survey (BGS) bekerjasama untuk menghasilkan Model Magnetik Dunia yang baru. Medan itu menggunakan representasi matematik untuk setiap lima tahun. Kemaskini model ini seterusnya tidak dijadualkan sehingga tahun 2020.

Tetapi Bumi kita nampaknya kelihatan seperti mempunyai aturan lain. Kemerosotan di Artik berlaku lebih pantas berbanding apa yang diramalkan. Menjelas musim panas, percanggahan antara Model Magnetik Dunia dan lokasi terkini kutub magnetik Bumi hampir melebihi ambang yang diperlukan untuk navigasi yang tepat, kata William Brown, seorang pemodel medan geomagnetik untuk BGS. Beliau dan rakan sejawatya US sedang bekerja untuk menghasilkan model baru, dimana ia hampir sedia untuk diumumkan apabila kebanyakkan kerajaan persekutuan US kehabisan dana.

Melalui agensi British, ini membolehkan untuk menerbitkan elemen model baru pada lamannya, NOAA bertanggungjawab untuk menempatkan model itu dan menjadikannya boleh diakses untuk kegunaan orang awam. Bahagian model ini tidak boleh diakses sebelum ini sehinggalah Isnin lalu, seminggu selepas itu kebanyakkan pekerja NOAA mampu untuk pergi semula ke tempat kerja.

Sebahagian orang menspekulasikan bahawa Bumi telah terlebih masa untuk pembalikkan medan magnetik. Ia adalah suatu fenomena yang tidak berlaku untuk tempoh 780,000 tahun dan perubahan kutub utara yang terkini ini mungkin sebagai satu tanda bahawa akan berlakunya satu malapetaka.

Livermore bagaimana pun pernah bersikap skeptikal. “Tiada bukti” yang menunjukkan bahawa perubahan secara lokal di Artik adalah tanda untuk sesuatu yang besar, katanya.

Walaubagaimanapun, pembalikkan medan magnetik biasanya terungkai untuk lebih 1000 tahun atau lebih kurang, memberikan banyak masa untuk kerajaan persekutuan US membuat pelarasan.

Rujukan: terjemahan daripada sumber asal The Washington Post, featured image: Peter Reid, The University of Edinburgh

**Maklumkan kepada penulis jika ketika anda membaca artikel ini terdapat sebarang kesalahan dalam maksud ayat atau terjemahan yang dibuat bagi mengelakkan kekeliruan. Terima kasih atas kerjasama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *