Tentang JA

Jendela Angkasa (JA) merupakan sebuah laman web yang memuatkan artikel-artikel berkaitan Astronomi, Falak, Sains dan Islam. Malah kami juga menjadikan JA sebagai platform informasi bagi masyarakat umum untuk mendapatkan info-info berkaitan sains angkasa di Malaysia seperti tokoh-tokoh astronomi, bidang pengajian astronomi di universiti dan lain-lain. Kami juga merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan nama Jendela Angkasa Enterprise (NS0216948-T) bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dimana kami menawarkan perkhidmatan konsultan pendidikan bagi institusi/organisasi kerajaan atau swasta yang memerlukan khidmat kami untuk menjalankan program-program berkaitan astronomi/falak seperti bengkel/kursus/kem/ceramah/pameran/cerapan. Kami turut menjalankan perniagaan menjual cenderahati astronomi dan buku-buku berkaitan astronomi/falak. Hasrat kami adalah mempromosikan serta mendidik masyarakat tentang kehebatan ilmu sains angkasa.


“Lihatlah pada alam, pelajari tentangnya dan fahaminya.”

Amirul Hazim Kamarulzaman, merupakan pengasas Jendela Angkasa dan seorang penggiat astronomi amatur yang amat meminati astronomi. Beliau memiliki sijil akademik bagi Sijil Tinggi Falak Syarie yang mana kursus sijil tinggi itu dianjurkan bawah kelolaan JAKIM melalui Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada tahun 2018. Beliau turut mengikuti siri kuliah talaqqi kitab turath ‘Ajaibul Makhluqat wa Gharaibul Maujudat’ bersama ustaz Hanafiah Abdul Razak (Panel Pakar Falak JAKIM) di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (sejak 2015 – kini) bagi mendalami ilmu falak melalui kitab turath. Beliau juga merupakan penceramah bebas dan tutor astronomi dalam menyebarluaskan ilmu astronomi kepada masyarakat, sekolah-sekolah, kolej, universiti dan surau/masjid. Beliau pernah menyertai kembara jejak Gerhana Matahari Penuh di Palembang, Indonesia pada 9 Mac 2016 bersama team FalakOnline. Beliau pernah menjadi tutor astronomi untuk kelab astronomi Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Beliau merupakan mantan presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi Kelab Astronomi Hoshizora Malaysia (Hoshizora Astronomy Club) serta salah seorang admin bagi facebook page FalakOnline. Beliau juga adalah co-founder NGO Apadilangit. Beliau juga merupakan tutor astronomi sejak 2018 untuk Kelab Falak SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban dan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan) dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Lihat aktiviti yang pernah dikendalikan oleh Jendela Angkasa: