Laporan Hasil Cerapan Anak Bulan Rejab 1440H

Makluman!!
Laporan ini bukan laporan rasmi daripada mana-mana institusi. Ianya adalah laporan yang disediakan berdasarkan pengamatan dan kefahaman penulis ketika hari cerapan dan di tulis dalam bentuk laporan ringkas ini.
Lokasi cerapan: Balai Cerap Telok Kemang, Negeri Sembilan.

6 Mac 2019 = 29 Jamadil Akhir 1440H

Pada tarikh ini, cerapan telah dilakukan namun hilal tidak kelihatan atas faktor:
– Ijtimak Bulan-Matahari belum berlaku.
– Bulan terbenam dahulu sebelum Matahari.
– Keadaan ufuk berawan tebal rendah.

Ketika Cerapan:
– Ketika cerapan pada petang itu, air laut sedang pasang sehingga ketinggian 2.6m pada jam 7.43pm.
– Laut – pasang besar peringkat dua.
– Terasa tiupan angin sederhana kuat, seakan dari Timur.
– Manzilah Bulan: سعد بلع
– Buruj Matahari: دلو

Pensabitan:
– Anak Bulan TIDAK menepati kriteria minimum (2° altitud dan 3° jarak lengkung ATAU umur Bulan 8 jam selepas ijtimak ketika ia terbenam).
– Berdasarkan kaedah imkanurrukyah, selepas maghrib pada 6 Mac 2019 adalah menjadi 30 Jamadil Akhir 1440H.

Keadaan langit Barat pada 6 Mac 2019 ketika matahari terbenam yang dirakam oleh penulis menggunakan handphone .

7 Mac 2019 = 30 Jamadil Akhir 1440H

Pada tarikh ini, cerapan telah dilakukan namun hilal tidak kelihatan atas faktor:
– Keadaan ufuk berawan tebal.

Maklumat Hilal:
– Ijtimak telah berlaku pada jam 12.09am waktu Malaysia.
– Anak Bulan telah melebihi kriteria minimum hilal iaitu 8°11′ altitud, 8°29′ jarak lengkung, 19.34 jam umur Bulan dan susulan lama atas ufuk 34 minit.
– Matahari terbenam dahulu sebelum Bulan.

Ketika Cerapan:
– Ketika cerapan pada petang itu, air laut sedang pasang sehingga ketinggian 2.7m pada jam 8.13pm.
– Laut: pasang besar peringkat dua.
– Terasa tiupan angin الناشرات menyebabkan ufuk berawan lalu membawa hujan pada awal malam.
– Kedengaran bunyi guruh dari jauh antara Utara hingga Timur.
– Manzilah Bulan: سعد السعود
– Buruj Matahari: دلو

Pensabitan:
– Anak Bulan TELAH menepati kriteria minimum (2° altitud dan 3° jarak lengkung ATAU umur Bulan 8 jam selepas ijtimak ketika ia terbenam).
– Berdasarkan kaedah imkanurrukyah, selepas maghrib pada 7 Mac 2019 adalah menjadi 1 Rejab 1440H.


Keadaan langit Barat pada 7 Mac 2019 ketika matahari terbenam yang dirakam oleh penulis menggunakan handphone.

Rujukan:
– Kalkulator Posisi Hilal UniSZA.
– Takwim Harian, Musim dan Cuaca 2019.
– Tides-forecast
– Nilai Angin, 2018.
– SkySafari.
Featured Image: kredit Darul Murtada
Ingin memiliki takwim harian, musim dan cuaca 2019? -> tekan sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *