Kitaran Suria 25 telah muncul. Untuk kali kedua dalam bulan ini, satu tompok matahari dari kitaran suria seterusnya telah muncul di hemisfera selatan matahari. Tompok matahari AR2744 dikesan daripada permukaan matahri menggunakan teleskop angkasa milik NASA iaitu Solar Dynamics Observatory (SDO) melalui peta magnetik matahari.
Bagaimana kita mengetahui tompok matahari AR2744 milik Kitaran Suria 25? Ianya adalah berdasarkan kutub magnetiknya. Tompok matahari dari Kitaran Suria 24 di hemisfera selatan matahari mempunyai kutub -/+ (negatif/positif). Manakala, tompok matahari AR2744 mempunyai kutub +/- (positif/negatif). Menurut Hale’s law, tompok matahari berubah kutub dari satu kitaran suria ke kitaran suria seterusnya. Oleh sebab itu, tompok matahari AR2744 adalah kumpulan Kitaran Suria 25.
Kitaran suria sentiasa bercampur di sempadannya. Ketika ini, kita sedang menyaksikan pereputan hujung kepada Kitaran Suria 24. Tompok matahari AR2744 menunjukkan yang kita secara serentak sedang menyaksikan kekacauan Kitaran Suria 25. Ianya adalah sedang berlangsungnya peralihan antara Kitara Suria 24 dan Kitaran Suria 25.
Beberapa tompok matahari yang tidak kekal lama atau hanya sepintas lalu yang milik Kitaran Suria 25 telah pun dilaporkan pada 20 Disember 2016, 8 April 2018, 17 November 2018, 28 Mei 2019 dan 1 Julai 2019. Namun, tompok hitam yang dilaporkan terbaru ini adalah lebih penting berbanding contoh-contoh tompok matahari yang dilaporkan sebelum ini kerana ianya bertahan lebih lama di permukaan matahari untuk menerima nombor gelarannya iaitu AR2744. Penyimpan rekod nombor ini semestinya menjadikan ia sebagai tompok matahari pertama yang rasmi untuk Kitaran Suria 25.
Perkembangan ini bukannya bermaksud Kitaran Suria Minimum telah tamat. Sebaliknya, aktiviti suria yang rendah akan kemungkinan berterusan untuk beberapa tahun lagi ketika Kitaran Suria 24 mereput dan Kitaran Suria 25 perlahan-lahan makin berkembang. Tompok matahari AR2744 adalah tanda yang signifikan namun kitaran suria seterusnya sedang mendatang.
-> Featured image dari SDO NASA AIA 211.
-> Jika terdapat sebarang kesilapan pada maksud/ayat dalam terjemahan artikel ini, sila maklumkan.
-> Sumber asal diterjemah dari laman sesawang spaceweatherarchive.com, tekan button di bawah: