Misteri al Hadid Dalam Al Quran

Artikel ini telah ditulis sepenuhnya oleh Nur Halimatus Saadiah binti Abdullah.

Al Hadid atau Besi telah disebut dalam Al Quran Al Karim,

Surah al Hadid, 57:25

Dalam ayat ini Allah s.w.t menceritakan tentang asal usul besi dengan menggunakan perkataan ‘Kami turunkan’. Sedangkan dalam ayat yang lain Allah selalu menceritakan asal usul sesuatu dengan menggunakan perkataan ‘Menciptakan’. Contohnya,

Surah al Araf, 7:54

Pembentukan Besi

Hal ini menyebabkan para Ulama Salaf berfikir mengapa Allah menggunakan perkataan turun untuk besi? Bukan cipta? Dari mana besi diturunkan? Langit atau matahari? Mengapa besi diturunkan sedangkan kita boleh mengeluarkan besi dari dalam tanah? Misteri ini tidak dapat dijawab dan para ulama membuat kesimpulan bahawa Allah menggunakan bahasa metafora yang mempunyai maksud tersirat.

Akhirnya pada akhir abad ke 20, para sainstis telah menemui bahawa pembentukan mineral besi memerlukan suhu tertentu. Suhu ini tidak wujud di bumi, langit mahupun matahari. Hanya ada satu tempat sahaja yang sesuai untuk pembentukan besi iaitu di bintang. Bintang yang mempunyai suhu melebihi jutaan degree Fahrenheit yang dipanggil Supernova!

Nova bermaksud ‘bintang’. Jamaknya adalah’novae’. Supernova bemaksud ‘bintang super’. Supernova adalah letupan yang terhasil daripada bintang yang 1.39 kali lebih besar daripada matahari. Sebutir bintang dalam galaksi kita akan melalui Supernova kira-kira setiap 100 tahun sekali. Bagaimanakah letupan ini berlaku? Bintang akan mengalami proses pelakuran nuklear (nuclear fusion) yang menukar gas-gas hidrogen kepada helium. Apabila bintang kehabisan helium, pelakuran akan berakhir dan bintang akan menjadi bintang kecil seperti matahari.

Tetapi, apabila bintang besar kehabisan hidrogen, proses pelakuran helium kepada unsur yang lebih berat seperti besi akan berlaku. Setelah bintang mempunyai tenaga yang mencukupi, pelakuran nuklear yang lebih berat seperti emas, gangsa, uranium dan lain-lain pula terhasil.

Proses pelakuran Proton, Helium dan Kitaran Karbon
Sumber: Hyperphysics

Setiap pelakuran nuklear meningkatkan tenaga dan suhu bintang. Bintang tidak mampu bertahan dengan suhu melebihi 100 bilion F. Maka, letupan besar akan berlaku. Letupan ini menghumban jirim ke ruang angkasa dan cahayanya menerangi seluruh galaksi.

Semasa pembentukan bumi, jirim yang terhumban seperi besi akan dijadikan sebagai teras bumi.

Lapisan kerak Bumi
Sumber: volcano.oregonstate.edu

Ciri-ciri Besi

Besi ada ciri kekerasan kerana mampu menahan geseran dan rintang terhadap geselan. Berlian terkenal kerana keras dan paling susah untuk digores. Walaupun berlian keras tapi tak tahan lasak. Buktinya kalau kita pukul berlian menggunakan kapak, dia akan hancur. Maka, tidak semua bahan keras dan tahan lasak pada masa yang sama, kecuali besi.

Kekuatan ialah jumlah daya yang diperlukan untuk mencacatkan(deform) besi. Semakin banyak daya yang diperlukan untuk mengubah bentuk besi, semakin kuat besi tersebut. Keluli sangat susah dibentuk kerana sangat kuat. Tahan lasak ialah bagaimana besi mampu tahan untuk pecah apabila daya dikenakan. Sifat tahan lasak ini memerlukan kekuatan dan kemuluran(ductility) yang membuatkan besi cacat sebelum pecah. Ciri-ciri besi yang keras, kuat dan tahan lasak ini bertepatan dengan ciri-ciri besi yang digambarkan oleh Allah dalam kitabNya.

Manfaat Besi

Besi yang berada di tengah lapisan bumi itulah dikeluarkan untuk kegunaan manusia. Seperi firman Allah pada Surah al Hadid, ayat yang sama, ‘Dan Kami turunkan besi yang mempunyai kekuatan hebat dan banyak manfaat bagi manusia’. Sejak zaman dahulu lagi besi telah digunakan sebagai peralatan perang untuk membuat senjata dan baju besi. Ini telah diajar oleh Allah dalam al Quran:

Surah al-Anbiya’, 21:80
Surah Saba’, 34:10
Surah Saba’, 34:11

Begitulah cara membuat baju besi yang diajarkan oleh Allah kepada Nabi Daud malah baginda Nabi Daud diberi mukjizat melembutkan besi menggunakan tangan. Jika diteliti semula Surah Al Hadid, Allah mengatakan besi banyak manfaat bagi manusia. Namun, 1400 tahun yang lalu ketika al Quran diturunkan manusia hanya menggunakan besi sebagai peralatan perang seperti pedang dan baju besi kerana kekuatannya yang hebat.

Dari sudut kesihatan, Dr. Andreas Jonas, dari Jabatan Radiasi Onkologi dan Radioterapi, Hospital Charite, Jerman telah membuat kajian penggunaan Besi Oksida untuk rawatan kanser. Rawatan ini menggunakan teknik Magnetic Fluid Hyperthermia (MCF) berjaya memusnahkan sel kanser tanpa memberi kerosakan kepada sel sihat. Selepas tiga bulan, tiada sel kanser baru tumbuh, (Haron Yahya, 2007).

Pengajaran Penurunan Besi ke Bumi

Kisah penurunan besi hasil letupan Supernova ke bumi juga dapat dikaitkan dengan kisah penurunan Nabi Adam a.s dan Hawa dari syurga ke bumi. Turunnya besi sehingga ke kerak bumi bukanlah satu musibah atau malapetaka, tetapi ia memberi rahmat untuk penggunaan teknologi manusia. Selain itu, Allah menunjukkan sekecik-kecik benda yang tertanam di dalam kerak bumi juga sangat penting dan ia mampu memberi seribu satu manfaat.

Namun, jangan berlebih-lebihan dan tamak sehingga menimbulkan kerosakan di atas muka bumi. Dan kewujudan besi juga telah dinyatakan secara tersirat oleh Allah s.w.t dalam kitabNya lebih 1400 tahun yang lalu dan hari ini dapat dibuktikan secara sainstifik. Kekuatan besi hanya secebis dari kekuatan Allah yang Maha Qowiy. Apa jua yang ada di langit dan di bumi bukan milik manusia. Segala hasil rekaan dan kreativiti manusia bukan milik hakiki manusia tetapi segalanya milik Al Malik. Segala ilmu yang kita peroleh dari hasil kajian besi hanya setitis ilmu dari Al A’lim. Maka kita sebagai hamba yang lemah dan tiada daya melainkan dengan izin Allah, wajib taat pada perintahNya. Jadilah khalifah yang bertanggungjawab mengurus dunia dengan penuh ketakwaan dan kepatuhan pada Allah.

Rujukan

(n.a) (n.d) “Light Reflection, Iron & Big Bang” Quran Gemshttps://www.youtube.com/watch?v=p1VZBzBA718 16 October 2017.

(n.a) (n.d) “The Miracle of Iron in Quran”https://islamicmisconceptions.wordpress.com/2014/04/19/the-miracle-of-iron-in-quran/ 16 October 2017.

(n.a) (n.d) “What is a Supernova?” NASA https://www.nasa.gov/audience/forstudents/5-8/features/nasa-knows/what-is-a-supernova.html 3 October 2017.

Harun Yahya, 2007. Allah’s Miracles in the Qu’ran. India: Goodword Publication. p. 36.

Harun Yahya. 20 November 2016. “Masyarakat Sains tolak teori Darwin”. Berita Harian. 17 Disember 2017. https://www.bharian.com.my/node/214935.

Zamir Mohyedin & Mohd S. Faiz. 2017. FIZIK-LAH. Bandar Baru Bangi: Simptomatik Press. p.127.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *