Breaking News

MASET 2019

Laman MASET 2019 ini adalah singkatan kepadaMalaysian Annular Solar Eclipse Tracker yang mana Jendela Angkasa akan menganjurkan pengembaraan menjejak gerhana matahari cincin yang akan berlaku pada 26 Disember 2019.

Harga asal pakej RM 390 seorang (untuk pendaftaran pada 18 Julai hingga 27 Julai 2019)
Harga istimewa pakej hanya RM360 seorang (untuk pendaftaran bermula harini sehingga sebelum 18 Julai 2019)

Maklumat Pakej Pengembaraan
Termasuk:
– Modul bengkel
– Tutor bengkel -> kenali tutor
– Cermin mata gerhana (untuk melihat matahari dengan selamat)
– Pengangkutan (tambang feri pergi dan balik serta kenderaan jeti-hotel di Pulau Karimun)
– Penginapan Hotel (3 Hari 2 Malam + free wifi – 2 orang satu bilik)
Tidak Termasuk:
– makan dan minum.
– boarding/seaport tax.

**Harga pakej yang dipaparkan adalah harga bagi seorang peserta.

Pengisian bengkel merangkumi:
– Pengenalan tentang gerhana.
– Teknik astrofotografi.
– Aktiviti hands-on.
Stargazing (bergantung kepada cuaca)
Ice breaking.

Tentatif (MYT GMT +8 jam, WIB GMT +7 jam)
25/12/2019 – Rabu
10.00 am MYT – Persediaan untuk menaiki feri di Jeti Antarabangsa Puteri Harbour, Johor.
11.30 am MYT – Feri bertolak ke Tanjung Balai, Pulau Karimun
12.10 pm WIB – Tiba Tanjung Balai, Pulau Karimun
1.00 pm WIB – Check-in hotel
4.00 pm WIB – Bengkel Slot 1
8.00 pm WIB – Bengkel Slot 2
26/12/2019 – Khamis
8.00 am WIB – Persediaan dan cerapan Gerhana Matahari Cincin
8.00 pm WIB – Bengkel Slot 3
27/12/2019 – Jumaat
9.00 am WIB – Sesi perkongsian dan bergambar
9.30 pm WIB – check-out hotel
10.00 am WIB – Persediaan untuk menaiki feri di Jeti Tanjung Balai
11.15 am WIB – bertolak ke Puteri Harbour, Johor

Tarikh tutup pendaftaran: 27 Julai 2019
Tarikh akhir bayaran deposit: 27 Julai 2019
Tarikh akhir bayaran penuh: 21 Oktober 2019

Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh emelkan kepada kami di jendela7angkasa@gmail.com atau hubungi/whatsapp kami di 011-14422708.

Terma dan Syarat Pendaftaran:
1. Pendaftaran adalah berdasarkan first come, first serve.
2. Deposit RM 150 diperlukan bagi mereka yang telah mendaftar untuk pengesahan penyertaan.
3. Bagi pembatalan penyertaan sebelum bayaran penuh (deposit Rm150), hanya 50% daripada deposit akan dipulangkan.
4. Bagi pembatalan penyertaan setelah bayaran penuh, hanya 80% daripada bayaran penuh akan dipulangkan.

Borang Pendaftaran

Jendela Angkasa akan menghantar email kepada peserta yang telah mendaftar mengikut turutan first come, first serve untuk maklumat lanjut pembayaran deposit/bayaran penuh.

Mengapa saya pilih untuk ke Pulau Karimunbesar, Indonesia?

Tempoh masa ketika kemuncak gerhana matahari cincin adalah 3 minit 35.5 saat.

Screenshot data gerhana di Pulau Karimunbesar, lokasi cerapan trip ini nanti