Breaking News

Penghijaban Bintang Zeta Tauri

Pada malam ini (14 March 2019), Bulan akan melalui dihadapan sebuah bintang yang bernama zeta tauri. Fenomena ini dinamakan sebagai penghijaban/occultation. Penghijaban terjadi apabila adanya objek angkasa yang melintasi dihadapan objek angkasa yang lain pada pandangan mata kita dibumi. Fenomena ini selalu berlaku contohnya Bulan melalui dihadapan sebuah bintang atau planet. Bulan merupakan objek angkasa yang besar dan kerap menghijab bintang-bintang.

Cumanya, bintang-bintang yang dihijab oleh Bulan itu kadangkala bintang yang malap sukar dilihat pada mata kita. Sebab itu sesetengah fenomena penghijaban dihighlightkan adalah kerana bintang yang dilindungi oleh Bulan itu adalah bintang yang cerah/mampu dilihat dgn bantuan optik atau mata. Apatahlagi kalau Bulan menghijab sesebuah planet. Ianya suatu fenomena yg unik dan jarang berlaku.

Untuk malam ini, pada jam 9.32pm, Bulan akan melintasi dihadapan salah sebuah bintang dlm buruj Taurus iaitu bintang zeta tauri. Bintang ini akan dihijab oleh bulan hampir 1 jam 30 minit sehinggalah muncul kembali pada jam 10.54pm. Buruj taurus terdiri daripada bintang-bintang yang membentuk dan memberi gambaran seekor lembu jantan. Bintang zeta tauri ini berada di hujung tanduk buruj ini dan mempunyai magnitud 3.0. Ianya boleh dilihat dengan mata. Namun, jika anda mempunyai teleskop, anda boleh kejadian ini lebih dekat. Jika boleh, cuba ambil gambar fenomena penghijaban ini ketika bintang zeta tauri mula dihijab dan selepas ia kelihatan semula.

Gambar sebelum Bintang Zeta Tauri dihijab Bulan.
Gambar ketika Bintang Zeta Tauri hampir dihijab Bulan.
Gambar selepas Bintang Zeta Tauri dihijab Bulan.

Ketika fenomena ini berlaku Bulan berada pada fasa sukuan pertama dengan umur 7.5 hari. Bintang zeta tauri mula dihijab dari bahagian gelap Bulan dan muncul semula dari bahagian terang Bulan. Bintang zeta tauri merupakan bintang berwarna biru-putih. Mempunyai suhu sekitar 17800°C. Diameternya pula adalah hampir 7 Kali ganda daripada diameter Matahari. Berkali-kali ganda lbh besar daripada Matahari kita. Bintang ini telah hampir kehabisan hidrogen dlm proses tindak balas pelakuran nuklear hidrogen di terasnya.

Fenomena penghijaban ini dapat membuktikan kepada kita beberapa perkara contohnya halaju Bulan/Bumi dan diameter Bulan. Segala sesuatu yang bergerak akan mempunyai masa dan jarak maka hanya dari situ, kita dapat tahu banyak perkara. Paling ketara adalah keadaan atmosfera Bulan. Cuba lihat dan perhatikan nanti. Selamat mencerap.

Rujukan:
– FalakOnline
– SkySafari
– Stellarium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *