Breaking News

Utarid

Planet kerdil ini dinamakan Mercury sempena pengutus tuhan-tuhan Roman. Orang-orang Rom percaya bahawa Mercury mempunyai kasut bersayap/sayap di kakinya yang membolehkan dia terbang dengan sangat laju. Sama seperti dia, planet Utarid/Mercury, mengorbit matahari pada kadar yang lebih laju berbanding Bumi kerana orbitnya yang kecil dan planet paling hampir dengan matahari.

Disebabkan planet ini amat kecil dan jauh, ianya sukar untuk dilihat dari Bumi. Namun pada masa-masa tertentu ia dapat dilihat dengan mata kasar ketika matahari terbit atau matahari terbenam rendah di ufuk. Utarid mengorbit matahari pada kadar kelajuan anggaran 47.87 km/s. Jika anda mampu bergerak pada kadar kelajuan ni, bayangkan anda boleh merentas lautan Atlantik dari London ke New York kurang 2 minit. Kalau naik kapal terbang?..hehe ce tengok..

Jarak lebih 4000km, kalau naik kapal terbang amik masa 7 jam 55 minit.
sumber: Google Map

Planet Utarid merupakan planet paling kecil dalam sistem suria dan hanya mempunyai 5.5% daripada jisim Bumi. Ini bermaksud, kita perlukan 18 buah planet Utarid untuk menyamai dengan jisim Bumi. Utarid mempunyai atmosfera yang sangat nipis, hanya mempunyai kuantiti helium yang amat sedikit. Disebabkan itu, ia tidak mengalami fenomena seperti hujan dan tiupan angin. Permukaannya dipenuhi dengan kawah-kawah dan tebing yang berkilometer tinggi. Kawah terbesarnya adalah Caloris Basin sekitar 1550 km lebar. Tahukah anda? Jika anda mampu berdiri di permukaan Utarid, anda akan dapat lihat matahari 3 kali ganda lebih besar berbanding di Bumi. Tahukah anda? Jika anda mampu berdiri di permukaan Utarid, anda akan dapat lihat matahari 3 kali ganda lebih besar berbanding di Bumi.

Gambar wide angle yang dirakam oleh penulis ketika belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Inilah kali pertama penulis melihat dan merakam planet Utarid

Fakta Tentang Planet Utarid

Jarak dari Matahari: 46 hingga 69.8 juta km

Diameter: 4879 km

1 hari Utarid = 59 hari Bumi

1 tahun Utarid = 88 hari Bumi

Tidak mempunyai Bulan

Jenis planet berbatu

Telah dilawati oleh 2 kapal angkasa NASA: Mariner 10 & MESSENGER

Rujukan: Out of This World (All the Cool Bits About Space), The Planets, spaceplace.nasa, featured image: NASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *