Breaking News

Matahari, Sebuah Bintang

Matahari merupakan sebuah bintang yang terletak di tengah-tengah sistem suria. Bola gergasi ini “membakar” pada suhu yang amat tinggi dan ianya telah “terbakar” sejak 4.6 bilion tahun yang lalu!! Tindak balas pelakuran nuklear pada teras matahari menghasilkan cahaya dan haba untuk dimanfaatkan makhluk di Bumi khususnya.

Matahari mempunyai jisim anggaran seberat 2,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000, kilogram..fuhh.. atau, 2 nonilion, atau 2000 bilion bilion bilion kilogram!! Berat nau haihh hahaha. Sekarang, cuba bayangkan sebuah jongkang-jongket di taman permainan yang AMAT LUAS, matahari berada di atas jongkang-jongket itu dan di sebelah satu lagi adalah 330,000 buah planet Bumi untuk mengimbangi jongkang-jongket tu. Tak terbayangkan?

Matahari merupakan objek yang paling besar dalam sistem suria. Ia mengandungi lebih 98% bahan yang wujud dalam sistem suria ini. Disebabkan matahari sangat besar, ia mempunya tarikan graviti yang kuat untuk memastikan objek-objek angkasa dalam sistem suria terus konsisten mengorbitnya.

Struktur Matahari
sumber: https://scied.ucar.edu/sun-features-regions

Teras matahari amatlah tumpat dan ia hanya terdiri 2% daripada kesuluruhan isipadu matahari dan mempunya 3/5 jisim matahari. Ingat tak yang tindak balas nuklear di matahari adalah tindak balas pelakuran? Ya betul!! Pada teras matahari, nukleus atom hidrogen bergabung dengan nukleus atom yang lain dan menghasilkan atom helium. Tindak balas ini menghasilkan tenaga yang amat besar.

Untuk memastikan tindak balas pelakuran nuklear itu terus berlaku, matahari menggunakan lebih 600 juta tan hidrogen setiap saat. Namun begitu, tindak balas ini tidak akan berlaku buat selama-lamanya kerana akhirnya matahari akan kehabisan hidrogen juga. Tapi jangan risau, ianya tidak akan berlaku sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 bilion tahun lagi. Lama lagi kan?..ketika anda baca ini, kemungkinan besar tidak akan hidup pada 5 bilion tahun lagi.

Pernah mengalami “breakout” pada wajah? haa..matahari pun pernah. Kadangkala jika kita melihat matahari menerusi penapis matahari yang khas, kita akan dapat melihat wajah matahari yang mengalami “breakout“. Well, its actually the breakout is called the sunspot. Ianya adalah tompok hitam matahari/sunspot. Tompok matahari adalah kawasan yang berwarna gelap pada matahari yang mempunyai suhu yang “paling sejuk” di permukaan matahari iaitu sekitar 2000°C ke 3000°C. Tompok hitam matahari boleh bertahan sehingga beberapa hari atau minggu. Ianya terjadi disebabkan gangguan medan magnetik matahari dan ianya mempunyai saiz yang berbeza-beza malah ada yang sebesar 15 kali ganda Bumi.

Foto tompok hitam matahari yang dirakam hanya menggunakan lensa zoom dan kamera DSLR. Tompok hitam itu cukup besar untuk dilihat tanpa perlu menggunakan teleskop yang mempunyai focal length yang panjang.

Tahukah anda bahawa solar flare adalah ledakkan yang besar atas matahari dimana ia menghamburkan berjuta-juta partikel bercas dan tenaga yang besar ke seluruh angkasa. Solar flare yang paling besar mampu menghasilkan tenaga melebihi 5000 juta letupan bom atom. Jadi, itulah serba sedikit secara ringkas tentang bintang paling terang pada waktu siang iaitu matahari.

Rujukan: Out of This World (All the Cool Bits About Space), featured image: NASA/SDO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *