Breaking News

FIDGET SPINNER, BUKAN SEKADAR BERPUTAR

Fidget spinner di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)

Fidget spinner merupakan satu alat permainan yang tidak asing sekarang. Tahun lepas sekitar April 2017, ianya merupakan satu alat yang amat popular dan sensasi dikalangan kanak-kanak dan juga remaja. Namun sudah menjadi lumrah apabila sesuatu yang hangat akhirnya akan terkubur senyap jua. Secara literalnya fidget spinner sering dikaitkan dengan mereka yang mempunyai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHA) dan autisme. Yang dikatakan sebagai satu terapi untuk mereka yang mempunyai sindrom itu. Namun apa yang saya ingin kongsikan adalah fidget spinner dari sudut pandang sains dan teknologi mengenai bagaimana satu alat ini menjadi satu cetusan dari hasil ciptaan ball bearing dan konsep fizik disebaliknya iaitu daya geseran dan hukum Newton.

Satu revolusi alat bahan bantu mengajar bagi bidang sains fizik khususnya dalam menerangkan beberapa konsep fizik yang terkait. Buat yang pertamanya adalah Hukum Newton yang pertama ada menyatakan bahawa satu objek akan kekal dalam keadaan pegun dan tidak akan bergerak sehingga ada daya yang dikenakan ke atasnya. Hukum Newton kedua melibatkan F=ma dan hukum Newton yang ketiga menyatakan bahawa setiap daya yang dikenakan ke atas sesuatu akan ada daya yang sama atau bertentangan dikenakan pada daya tadi. Hukum Newton merupakan asas dalam dunia fizik sehingga diajar seawal tingkatan 4 di sekolah menengah. Pentingnya untuk cakna dalam Hukum Newton kerana ia berkait dalam perkara seharian kita contohnya bas USIM yang hendak berhenti di stesen bas fakulti tidak akan berhenti serta merta tetapi mengalami daya inersia (inertia) walaupun brek telah ditekan sebelum berhenti sepenuhnya.

Dalam keadaan graviti hampir kosong, seorang angkasawan NASA bernama Randy Bresnik membuat demonstrasi dimana beliau memusingkan fidget spinner di dalam Stesen Angkasa Antarabangsa. Didapati bahawa fidget spinner itu berputar dalam keadaan terapung dan tidak berhenti berputar selagi tidak ada hukum Newton pertama. Ini disebabkan oleh kurangkannya daya geseran di dalam keadaan Stesen Angkasa Antarabangsa berbanding di Bumi. Di Bumi pula, fidget spinner akan berputar untuk suatu tempoh sehinggalah ianya akan berhenti berputar disebabkan beberapa faktor. Faktor yang pertama adalah daya geseran diantara galas bola (ball bearing) maka menyebabkan ianya akan berputar laju pada awal dan seterusnya makin perlahan dan akhirya berhenti. Kesan ini dinamakan pelembapan (damping). Selain itu, faktor yang membezakan antara apa yang dibuat oleh angkasawan Bresnik dan kita di Bumi adalah tarikan graviti Bumi 9.81m/s^2.

Apabila ia berputar, dua daya yang dialaminya adalah daya geseran dan daya graviti menyebabkan berlakunya kesan damping akhirnya fidget spinner akan berhenti. Sebaliknya, di angkasa, fidget spinner akan terus berputar untuk tempoh yang lebih lama sebelum ia berhenti kerana ianya mengalami daya geseran pada ball bearing sahaja. Dalam kita cuba memahami konsep fidget spinner melalui hukum Newton pertama dan kehidupan seharian, kita renungkan pada diri kita yang tugas jantung sentiasa berdegup mengepam darah, sampai satu tahap bila kita diberhentikan degupan jantung maka bersedialah kita untuk pengadilan di alam barzakh sebelum ke padang mahsyar. Sesungguhnya Dialah Allah yang mengawal hukum Newton pertama pada degupan jantung kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *