Breaking News

Sungai Meteor

Berita palsu / Hoax

Saya ada terbaca satu artikal berkenaan dengan ad dhukan yang dikaitkan dengan meteor

Dalam artikel itu , dinyatakan bahawa Bumi kita sudah memasuki sungai meteor dan turut dinyatakan bahawa bila – bila sahaja kita boleh dihentam meteor .

Saya tidak akan menyentuh secara panjang lebar setiap ‘ point ‘ dalam artikal tersebut .

Isu yang saya akan sentuh adalah berkaitan dengan sungai meteor .

Apa itu sungai meteor ?

Tiada istilah sungai meteor di dalam bidang astronomi .

Terlebih dahulu , mari kita kenali meteor itu apa dan bagaimana ia boleh berlaku .

Di luar angkasa , terdapat pelbagai sisa daripada objek-objek samawi seperti sisa debu daripada komet atau serpihan batuan daripada asteroid . sisa debu dan serpihan batuan itu dipanggil meteoroid .

Saiz meteoroid lebih kecil daripada asteroid . terdapat saiz meteoroid yang hanya sebesar batu kerikil dan pasir atau lebih kecil ..

Ketika meteoroid yang berselerakan di luar angkasa sana memasuki atmosfera Bumi disebabkan faktor tarikan graviti , ia akan terbakar di atmosfera lalu menghasilkan jalur cahaya .

Jalur cahaya tersebut itu lah kita panggil meteor atau tahi bintang .

Ada masanya, semasa mengorbit matahari , Bumi kita akan melalui kawasan yang padat dengan meteoroid .

( * mungkin kawasan padat dengan meteoroid ini yang dipanggil sungai meteor ? )

ketika melalui kawasan yang padat dengan meteoroid tersebut , akan berlakunya suatu fenomena yang dikenali sebagai :

” musim Hujan meteor / pancuran meteor “

Musim hujan meteor merupakan suatu fenomena yang berlaku setiap tahun pada tarikh – tarikh tertentu.

Sebagai contoh :

Musim hujan meteor Orionids , Geminids , Perseids .

Jumlah meteor yang boleh disaksikan sepanjang berlangsungnya musim hujan meteor kadang kala mampu mencapai kadar ratusan meteor dalam tempoh masa satu jam .

Musim hujan meteor tidak berbahaya dan sesuai untuk adakan aktiviti cerapan kerana saiz meteroid yang memasuki atmosfera Bumi adalah kecil.

Peristiwa meteoroid memasuki Bumi bukan la suatu fenomena yang baru berlaku setahun dua ini .

Ia telah berlaku sejak dahulu lagi .

Boleh dikatakan , setiap hari akan ada meteoroid yang akan memasuki bumi dan menghasilkan jalur cahaya meteor, samada kita sedar atau tidak sahaja .

Sumber, mendapat keizinan penulis asal: Muhammad Syafiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *